[videojs dailymotion =”https://www.dailymotion.com/video/x8hcf6k”]
[ SHORTS ] Diabetes Boleh Diibaratkan Macam ‘Saka’

Statistik diabetes di negara ini menunjukkan trend peningkatan yang membimbangkan selain beban kos rawatan penyakit itu yang dijangka terus melonjak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kira-kira 3.9 juta (18.3 peratus) orang dewasa menghidap diabetes di Malaysia dan hampir separuh daripada pesakit diabetes tidak menyedari status penyakit mereka.

Bahaya diabetes yang tidak terkawal sangat besar kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada banyak bahagian tubuh badan, terutamanya buah pinggang, jantung, saluran darah, saraf, mata dan kaki.

Ikuti perincian lanjut mengenai perkara ini dalam siri Doktor & Anda (DNA) bersama Pakar Endokrinologi dan Perubatan Dalaman, Dr Miza Hiryanti Binti Zakaria.

Tonton siri penuh melalui:

Facebook Sinarplus: https://bit.ly/38GWnfO

Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=7Z1xSlAzkqE&t=1138s

#DoktorDanAnda
#DNA
#Sinarplus
#SinarHarian